Monday, 3 March 2014
Lagi Mengenai 5S
5S Penyelesaian Bijak
Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas. Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini.
Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.
Mengapa Perlu 5S?
Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.
Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.
Perbadanan Produktiviti Negara ( MPC) merupakan antara juru runding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan.
Objektif Utama Program 5S
- Membina budaya Kaizen di tempat kerja
- Membina kerjasama melalui penyertaan semua
- Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia
- Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju
Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S :
- Pendekatan Kaizen
- Pendekatan Inovasi
Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan.
Pelaksanaan Pertama - Mengamalkan Seiri (Sisih)
- Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Kedua - Mengamalkan Seiton (Susun)
- Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
- Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
- Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
- Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
- Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.
Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)
- Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
- Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
- Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan, semak dan betulkan
- Buat dengan kerjasama semua kakitangan
Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)
- Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
- Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan
Kelima - Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)
- Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
- Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
- Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S
Keenam - Persijilan 5S
- Pertandingan antara organisasi 5S
- Anugerah amalan 5S
- Organisasi model
Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :
- Mengamalkan budaya kerja 5S
- Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S
- Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S
- Meluangkan masa untuk 5S
- Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa
- Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan
Hasilnya
- Suasana pejabat yang lebih bersih, tersusun dan kemas
- Setiap zon berusaha menjadikan kawasan mereka lebih baik daripada zon yang lain
- Produktiviti kerja jabatan meningkat
- Kos operasi menurun
- Penghantaran yang cepat dan tepat
- Keselamatan meningkat di tempat kerja
- Moral kakitangan yang tinggi
Sunday, 23 February 2014
Tuesday, 11 February 2014
Monday, 10 February 2014
Saturday, 8 February 2014
Pengenalan 5S
Mengenai Program 5S.
Pengertian dalam fasa 5S.
SEIRI (SISIH)
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.
SEITON (SUSUN)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
Latar Belakang 5S.
Kecekapan
Penyelenggaraan
Kualiti
Keselamatan
Motivasi
Apa itu 5S?
Terdapat 5 kunci utama dalam fasa 5S. Ia dikenali sebagai Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang merupakan perkataan Jepun dan diringkaskan menjadi 5S.
Pengertian dalam fasa 5S.
SEIRI (SISIH)
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.
SEITON (SUSUN)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
SEISO (SAPU)
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
SEIKETSU (SERAGAM)
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.
SEIRI (SISIH)
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.Latar Belakang 5S.
Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambah baikan yang berterusan.
Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Memahami Konsep Amalan 5S
Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang
dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan
pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan
pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso,
Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi
5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan
Sentiasa Amal.
Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi
mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai "Kaizen" dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan
secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti
yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan
dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota
dalam organisasi.
Tujuan 5S
Pengurangan kos
Kenapa 5S perlu dilaksanakan.
- Tempat kerja lebih bersih dan tersusun
- Tempat kerja lebih selamat
- Hasilnya mudah dilihat oleh semua orang
- Menjana pemikiran kreatif kakitangan
- Meningkatkan disiplin secara semulajadi
- Kakitangan berbangga dan sangat menghargai tempat kerjanya
- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan agensi
Pengurangan kos
- Penjimatan penggunaan inventori
- Menghalang kerosakan ke atas inventori
- Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan
- Mempercepatkan proses pencarian pengesanan dalam sesuatu urusan kerja.
Kecekapan
- Mengoptimumkan penggunaan kawasan/tempat kerja
- Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah/proses
- Mempermudahkan kawalan dan penyelenggaraan
Penyelenggaraan
- Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan jangka hayat mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan yang digunapakai
- Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan beroperasi mesin, peralatan dan kemudahan kemudahan
- Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan.
Kualiti
- Meningkatkan kualiti dan produktiviti barangan/perkhidmatan
- Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih pantas dan selamat
- Memastikan penyampaian produk/perkhidmatan cekap dan berkesan.
Keselamatan
- Menghapuskan keadaan yang membahaya
- Meningkatkan tahap kesihatan di tempat kerja
- Menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan dan kemalangan
- Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian
- Pematuhan kepada peraturan-peraturan
Motivasi
- Perhubungan yang baik antara anggota
- Membentuk disiplin yang tinggi
- Membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.
Monday, 27 January 2014
:: KURSUS PENGENALAN AMALAN 5S KADA BERSAMA MPC ::
Pada tahun ini, pengurusan KADA berharap amalan 5s dapat sebar dan diamalkan di kalangan kakitangan terutama di Ibu Pejabat KADA. Justeru itu, langkah awal adalah mengadakan satu kursus asas atau pengenalan amalan 5S dengan kerjasama daripada pihak MPC Kelantan. Kursus dijalankan pada 20- 21 Januari 2014.
Satu permulaan yang bagus.. ayuh Warga KADA, Jayakan Amalan 5s...chaiyok!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)