Monday, 3 March 2014
Lagi Mengenai 5S
5S Penyelesaian Bijak
Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas. Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini.
Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.
Mengapa Perlu 5S?
Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.
Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.
Perbadanan Produktiviti Negara ( MPC) merupakan antara juru runding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan.
Objektif Utama Program 5S
- Membina budaya Kaizen di tempat kerja
- Membina kerjasama melalui penyertaan semua
- Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia
- Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju
Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S :
- Pendekatan Kaizen
- Pendekatan Inovasi
Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan.
Pelaksanaan Pertama - Mengamalkan Seiri (Sisih)
- Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Kedua - Mengamalkan Seiton (Susun)
- Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
- Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
- Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
- Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
- Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.
Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)
- Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
- Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
- Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan, semak dan betulkan
- Buat dengan kerjasama semua kakitangan
Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)
- Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
- Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan
Kelima - Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)
- Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
- Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
- Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S
Keenam - Persijilan 5S
- Pertandingan antara organisasi 5S
- Anugerah amalan 5S
- Organisasi model
Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :
- Mengamalkan budaya kerja 5S
- Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S
- Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S
- Meluangkan masa untuk 5S
- Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa
- Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan
Hasilnya
- Suasana pejabat yang lebih bersih, tersusun dan kemas
- Setiap zon berusaha menjadikan kawasan mereka lebih baik daripada zon yang lain
- Produktiviti kerja jabatan meningkat
- Kos operasi menurun
- Penghantaran yang cepat dan tepat
- Keselamatan meningkat di tempat kerja
- Moral kakitangan yang tinggi
Subscribe to:
Posts (Atom)